Wednesday, January 19, 2011

hari ini saya akan kongsi menu simple tapi sedap dan boleh dipraktikan anda samda surirumah dan yang masih bujang tak kira lelaki atau perempuan

resepi hari ini

KARI IKAN SARDIN


BAHAN-BAHAN:( 2 ORANG )


1 TIN            IKAN SARDIN

1 BIJI            BAWANG BESAR

2 ULAS         BAWANG PUTIH

50GM            ASAM JAWA

1 PAKET      SERBUK KARI

300 GM        AIR

CARA-CARA :


  1. kisarkan bawang besar dan bawang putih
  2. panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut
  3. bancuhkan serbuk kari dan air masuk kedalam tumisan 
  4. masukkan ikan sardin dan tambahkan perahan air asam jawa
  5. masukkan air dan masak sehingga mendidih 


TIPS :

  • pastikan tumisan bawang dan bancuhan serbuk kari sebati , masak sehingga pecah minyak baru masukkan ikan sardin ini kerana bagi adunan serbik kari betul-betul masak dan menghilangkan rasa pahit serbuk kari
  • tujuan meletak perahan air asam jawa terebut adalah untuk memekatkan kuah dan manmbah rasa serta membuatkan sesuatu masakan  menjadi tahan lama
  • boleh diganti dengan asam keping jika anda tidak mahu menggunakan asam jawa 

No comments:

Post a Comment